rasdin17 wrote:
Good luck for yantie. Sewa kat kdm bp? Yantie berniaga kat situ permanent kan
Terima kasih Rasdin. Sewa kat sini murah jer. Ada saya nyatakan di post sebelum ni. Niaga kat sini kontrak selama 3 tahun. Lepas tu boleh sambung semula kalau nak.
daniey wrote:
best wish to you yantie.semoga berjaya.insyaallah minggu depan kalau tak banyak assignment bleh saya ke kdm.boleh la yantie turunkan ilmu sikit.
Terima kasih Daniey. Datang ler lepak2 kat sini. Ada saya sediakan kerusi ni untuk kengkawan nak melepak kat kedai saya. Sekarang ni pun saya dah ada kat kedai.
nak mintak turunkan ilmu ya......... Sebenarnya ilmu saya takde ler banyak mana pun. Masih byk lagi yg perlu saya pelajari untuk berjaya dlm bidang perniagaan ni. Tambahan pula saya masih baru...... Tapi takpe...... Nanti kita sama2 bkongsi ilmu ya.
rasdin17 wrote:
Btul tue. Nampak yantie kita sibuk nak setup kdai. Maklumlah x lama lagi nak bkak kdai. Bangga ada orang melayu brani bkak kdai dikelilingi pesaing bukan bangsa kita
Semenjak dua menjak ni memang sibuk memanjang........... Kedai dah buka dari hari Jumaat lagi. Rupanya realiti perniagaan tidak semudah yg saya sangkakan. Banyak perkara yg perlu saya perbaiki dan pelajari. Tapi kami di KDM amat bertuah krn pihak PKNP akan membimbing kami agar menjadi usahawan yg berjaya dgn menganjurkan pelbagai seminar keusahawan. Malahan kami semua diwajibkan utk mengikuti kursus anjuran PKNP. Setakat ni saya dah menghadiri Kursus Pendedahan Usahawan Francais dan Kursus Asas Perniagaan & Kewangan.
spawn wrote:Salam,
En rasdin17, KDM tu owner dia PKNP, terbuka untuk bumiputra meniaga, ala macam pasar siti khatijah tu... sebab tu kos sewa dia murah berbanding ngan kat tempat lain.. Apa2 pun tahniah kpd pn yantie kerana berjaya menceburi bidang perniagaan. Bukan senang surirumah nak berniaga kalu difikirkan risiko.
Syabas..
Salam kembali dan terima kasih saya ucapkan....
Ya betul tu....... kat sini memang dikhaskan untuk bumiputera shj dan sewa pun murah jer.
Saya setuju dgn pandangan Spawn. Ianya bukanlah sesuatu yg mudah utk saya, namun saya harus tempuhi jua setiap kesusahan dan rintangan kalau benar2 inginkan kejayaan. KDM adalah tapak permulaan saya dlm menyusuri dunia perniagaan.
Apapun saya bersyukur kerana mendapat sokongan penuh drp suami untuk memulakan perniagaan ini. Malahan Syarikat ini ditubuhkan atas saranan drp suami saya. Biarpun sebelum ni ia hanya beroperasi di rumah ajer .....