by yantie Fri 23 Jan 2009, 2:25 pm
KARNIVAL BAZAR RAKYAT TASIK
Tarikh : 30 Januari 2009 - 01 Feb 2009
Tempat : Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan <--- klik di sini untuk melihat sedikit gambaran tentang Kompleks Dagangan Mahkota
Majlis perasmian akan diadakan pada 30 Januari 2009 oleh YAB Menteri Besar Pahang pada jam 4.00 petang.
Aturcara majlis pada 30 Januari 2009 :
3.30 petang :
Ketibaan Jemputan
Ketibaan YB Dato' Tan Aminuddin b. Ishak
Pengerusi, Jawatankuasa Pertanian & Pembangunan Luar Bandar, Negeri Pahang disambut jawatankuasa
4.00 petang :
Ketibaan YAB Menteri Besar Pahang disambut jawatankuasa
- Ucapan aluan pengerusi, Koperasi Muamalat Pahang Bhd
- Ucapan Perasmian YAB Menteri Besar Pahang
- Upacara memotong buah yang terbesar
- Bacaan doa
- Melawat Bazaar Rakyat
- Minuman ringan
- Sidang Media
- YAB Menteri Besar Pahang meninggalkan majlis
- Tetamu meninggalkan majlis
YURAN PENYERTAAN KARNIVAL BAZAAR RAKYAT TASIK
- RM500.00 untuk 3 hari (1 kanopi + 1 meja + 2 kerusi) dengan keluasan tapak 20” x 20”. (Sekiranya ada sesiapa yang ingin berkongsi tapak pun boleh)
- RM600.00 selama 3 hari di dewan pameran dengan keluasan tapak 10" x 10" (50% drp bayaran tersebut akan ditanggung oleh Mara). Terhad kepada 30 lot sahaja.
* Khas untuk bumiputera sahaja.
* Sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai Karnival ini sila maklumkan kpd saya di sini sebelum 28 Januari 2009.
* Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan program ini juga boleh diajukan di sini.
* Setiap peserta akan diberi satu lot khas di E-NSS utk mempromosikan perniagaan masing-masing bermula tarikh pendaftaran sehingga 01 Mac 2009.
* Hadiah saguhati juga akan diberikan kepada peserta yang mendaftar atau membuat tempahan melalui saya.
Peserta yang berminat sila berikan data seperti berikut kepada saya :
1. Nama :
2. Syarikat :
3. Alamat :
4. No Tel :
5. Jenis Perniagaan :
6. No. KP :
7. No. Pendaftaran Syarikat :
8. Tarikh Aktiviti :
**********************************************************************
JADUAL AKTIVITI BAZAR RAKYAT TASIK
1. Pasar Malam - Setiap Sabtu - 4.00 petang - 10.00 malam
2. Pasar Tani - Setiap Ahad - 7.00 pagi - 1.00 t/hari
3. Pasar Seni / Kebudayaan - Setiap Sabtu & Ahad - 7.00 petang - 12 t/malam
4. Rekreasi Tasik & Aktiviti Memancing - Sabtu - 7.00 pagi - 12 t/hari & Ahad - 2.00 petang - 7.00 petang
*** Taman tasik yang cantik & luas juga membolehkan para pengunjung melakukan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga.
Syarat-syarat penyertaan
1. Terbuka kpd penjaja, peniaga & pengusaha makanan dan produk halal.
2. RM5.00 - Bayaran yuran pendaftaran sebagai ahli Koperasi Muamalat Pahang berhad
3. RM100 - Bayaran Saham Minima Koperasi Muamalat Pahang (bayaran boleh dibuat secara ansuran)
4. RM10.00 - Bayaran tempahan lot bagi satu aktiviti
5. RM10.00 hingga RM30.00 - Bayaran yuran pendaftaran bagi aktiviti rekreasi
6. Bayaran pendaftaran, sewa dan lain-lain diterima dalam wang pos/kiriman wang atau draf bank atas nama Bendahari, Koperasi Muamalat Pahang Bhd
7. Keterangan lanjut sila hubungi urusetia : 013-9318460 (En Abdul Mutalib) @ hubungi saya : 013-9288882
*** Tempahan untuk menyewa lot 10" x 10" boleh dibuat dengan kadar bayaran dari RM10.00 hingga RM30.00 bagi satu aktiviti.
Karnival Baazar Rakyat Tasik ini adalah anjuran bersama Koperasi Muamalat Pahang Bhd dengan kerjasama :
- Majlis Perbandaran Kuantan
- Fama
- Jabatan Pertanian Negeri/Daerah
- Jabatan Perikanan Negeri/Daerah
- Jabatan Haiwan Negeri/Daerah
- Jabatan Belia & Sukan
- Jabatan Perpaduan, Kebudayaan, kesenian & Warisan
- Felcra
- Felda
- Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Negeri Pahang
p/s : Karnival ini dianjurkan bagi merasmikan Bazar Rakyat Tasik yang akan diadakan setiap sabtu dan ahad.
Last edited by yantie on Sun 25 Jan 2009, 12:12 pm; edited 2 times in total (Reason for editing : Tambah Info)