Admin wrote:Salam, saya nak mintak pendapat dari semua ahli pasal satu perkara ni..saya bercadang nak kasi duit free dekat ahli2 kat sini dgn cara melalui posting..kat forum luar dah buat bnd ni tapi kat malaysia belum lagi rasanya..
Contohnya, forum ni akan bayar anda 0.02 @ 2 sen utk setiap posting yg anda buat..so, pihak admin akan setkan supaya setiap posting yg dibuat mestilah melebihi 50 patah perkataan utk memastikan setiap posting ade kualiti..so, nak vote dlu brape ramai yg nak benda ni jadi realiti..
Pasal rate tak boleh diubah lagi coz yg tu adalah rate yg tetap..
Assalamualaikum....
Pada pendapat saya ianya adalah satu cadangan yg bagus dan idea yg luar biasa dan yg penting sekali ada kelainan drp Forum2 lain. Walaupun saya masih lagi baru di ruangan Forum ini, tetapi saya pasti akan memberikan sokongan sepenuhnya kpd pihak admin utk melaksanakan semua ini agar menjadi realiti...... Sebagai ahli Forum ini, marilah kita bersama bersatu dlm melaksanakan sesuatu yg baik ini. Pepatah yg seringkali saya gunakan ialah "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh."
Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan utk mengutarakan idea tambahan berkenaan cadangan drp pihak admin. Tetapi sekiranya idea saya ni tidak bagus, sila abaikan apa yg akan saya katakan ini.
Cadangan saya ialah :Selain drp memberi ganjaran kpd ahli yg berjaya mhasilkan posting berkualiti melebihi 50 p.perkataan dlm bentuk wang, apakata kita tukarkan nilai mata ganjaran tersebut dlm bentuk produk? Contohnya, Ali berjaya mengumpulkan nilai mata ganjaran berjumlah RM20. Ali diberi pilihan sama ada ingin mendapatkan wang tunai berjumlah RM20 @ pun produk yg sama nilai.
Kelebihan/keistimewaan tawaran menukarkan nilai mata ganjaran dlm bentuk produk :
Admin (Pemilik Portal Jomgempaq)Secara tidak langsung, pihak admin dpt menjalankan aktiviti perniagaan bersama ahli forum di sini dan sudah pasti ianya juga boleh menghasilkan pendapatan kpd Forum ini kalau kena pada gayanya. Produk yg ditawarkan pula datangnya drp ahli forum ini sendiri yg sememangnya menjalankan aktiviti perniagaan.
Contohnya :
Ali ingin menukarkan nilai mata ganjaran berjumlah RM20 kpd produk yg ditawarkan oleh Hunter (pinjam nama jap ya). Maka Hunter akan mengirimkan produk tersebut kpd Ali termasuk kos phantaran dgn nilai yg sama iaitu RM20. Pihak Admin pula akan membayar RM20 kpd Hunter utk tujuan tersebut.
Jadi pihak admin tdk perlu menyimpan apa2 stok produk krn stok tersebut akan dikirim oleh ahli forum yg terlibat. Di sini sekali lagi pihak admin telah mbantu ahli forum ini dlm mengetengahkan produk masing2 terus ke tangan pengguna. Dan yg lebih penting, ianya mungkin akan menarik minat lebih ramai pengunjung utk mendaftarkan diri sbg ahli dan seterusnya melibatkan diri dlm aktiviti ini. - 'Win Win Situation'
Ahli ForumSebagai ahli forum, di samping menerima tawaran istimewa drp pihak Admin, setiap ahli juga berpeluang mengetengahkan produk masing2 utk aktiviti ini. Jadi sediakanlah satu senarai produk yg lengkap dengan sebutharganya dan kumpulkan dlm satu ruangan khas.
Itu hanyalah cadangan 1 sen saya yg masih lagi bertatih dlm dunia perniagaan. Tak buat pun takpe.... Saya tak kisah...... Boleh teruskan jer dgn cadangan asal drp pihak admin.
Oh ya, bagaimana pihak Admin boleh memperolehi pendapatan hasil drp aktiviti ini nanti saya bagitau. Itupun kalau ada pihak2 tertentu yg nak tahu. Kalau dah tahu tu.... takpelah..... lagi bagus.... boleh ler anda kongsikan di sini. Mungkin cara anda lebih berkesan drp saya...... Maklumlah saya ni 'orang tua' yg baru belajar nak berniaga.
Sama-samalah kita memberi dan menerima tunjuk ajar......
Sekian, wassalam