SHAH ALAM - Menggunakan sekaki payung untuk memukau adalah cara terbaru yang pernah dilaporkan selain penggunaan asap rokok, kata Pengamal Perubatan Islam dan penulis buku agama, Datuk Dr. Amran Kasimin (gambar).
Bagaimanapun menurutnya, walau apa sekali pun caranya, tujuan pemukau adalah sama iaitu untuk menarik perhatian mangsa supaya mengalihkan pandangannya kepada wajah 'si pemukau' agar ia mudah diperdaya.
"Cara pukau bergantung kepada amalan sihir 'si pemukau'. Tujuannya tetap sama, untuk melaksanakan niat jahat ke atas mangsa," katanya kepada Kosmo! semalam.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kejadian pukau ke atas seorang pelajar perempuan yang dicabul di dalam bas setelah digesel kakinya dengan payung oleh seorang lelaki di Klang baru-baru ini.
Menurut Amran, kesemua cara atau kaedah pukau adalah semata-mata untuk menarik perhatian mangsa supaya mengalihkan pandangannya kepada wajah 'si pemukau'.
"Sebaik sahaja mata si pemukau dan mangsa bertentangan, si pemukau akan mula membaca mentera-mentera tertentu yang kemudiannya ditiupkan ke muka mangsa.
"Orang yang terkena tiupan akan terpukau sama ada separuh sedar atau langsung tidak sedar dan ada juga yang berada dalam keadaan itu selama lebih seminggu," ujarnya.
Amran memberitahu, orang ramai boleh menghindarkan diri daripada dipukau dengan mengelakkan daripada memandang mata orang yang tidak dikenali.
"Lebih selamat jika keluar secara berkumpulan kerana 'si pemukau' kebiasaannya akan mencari mangsa yang berseorangan," jelasnya.
SUMBER : www.kosmo.com.my