JomGempaq Forum

Selamat datang ke Forum Jomgempaq


    [TIPS] Sumber Rujukan Saya

    Share

    yantie
    Moderator
    Moderator

    Female
    Number of posts : 479
    Age : 39
    Location : Kuantan
    Referral : hunter_ad79
    JGR : 1450
    Maritial status : Married
    Respek :
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Mood :
    Reputation : 0
    Duit : 21
    Registration date : 2008-04-30

    [TIPS] Sumber Rujukan Saya

    Post by yantie on Mon 16 Jun 2008, 12:41 am

    Thread ini akan dijadikan sebagai koleksi pelbagai bahan rujukan saya dalam merealisasikan impian saya agar menjadi kenyataan.

    Di harap ianya juga dapat memperjelaskan lagi konsep perniagaan apakah yang sebenarnya cuba saya wujudkan ini.

    Semoga kita semua dapat sama2 berkongsi pelbagai tips dan ilmu yang berguna di ruangan ini.

    Terima kasih.

    yantie
    Moderator
    Moderator

    Female
    Number of posts : 479
    Age : 39
    Location : Kuantan
    Referral : hunter_ad79
    JGR : 1450
    Maritial status : Married
    Respek :
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Mood :
    Reputation : 0
    Duit : 21
    Registration date : 2008-04-30

    Jom! Kita Rancang IT Business

    Post by yantie on Mon 16 Jun 2008, 12:59 am

    Petikan ini saya ambil drp post yang di buat oleh saudara 'Master Minda' di forum Bicarajutawan.com. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini http://www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=213

    Kita cuba usahakan sebuah pusat iklan setempat. One stop place untuk sebuah konsep iklan yg akan dinyatakan. Seterusnya kita fikir sama2 bagaimana kita boleh pasarkan laman kita kepada syarikat2 yg benar2 memerlukan. Kita akan kendalikan sistem mempromosikan produk dan syarikat mereka kepada sasaran yg betul sehingga mereka merasa perkhidmatan kita benar2 berkesan. Jika ini dapat dilakukan pasti laman ini akan diminati ramai. Umpama TV3 pilihan ramai, maka ramai le yg sponsor.

    Nampak senang jer kan...namun kita mesti cuba. Bukan ada risiko besar yg nak ditakutkan. Modal utama PC dan sanggup duduk depan PC buat kerja. Nak mula tentulah susah sikit. Bila dan jadi... Sendiri mau ingat le....

    sambungan.....

    Ok la...
    Yang pertama tujuannya ialah mempromosi pelbagai produk tempatan dari kita promosikan produk luar negeri yg ramai orang buat. Klik saja...terus dapat komisyen, laku tak laku lain hal.

    Sebelum buat promosi perlu ada rangkaian sedia ada yg luas. Oleh itu laman web kita akan dipercayai pelanggan. Reka bentuk web yg menarik dan canggih tapi tidak popular pun tidak memberi makna kepada strategi pemasaran kaedah internet.

    Oleh itu sistem saya adalah kedua-dua sekali perlu dibuat. Pertama saya mempunyai rangkaian pengguna yg ramai yang akan saya maklumkan secara seminar, pelancongan, aktiviti kelab dan
    sebagainya. Disini kita boleh menghasilkan sumber pendapatan.

    Setelah ahli kelab dan rakan2 membantu menyebarkan maklumat laman web maka kita akan majukan ke peringkat penaja2 yg lebih besar. Kita bukan saja menaja produk tapi membantu pemasaran secara efiktif. Menganjurkan pelbagai aktiviti pemasaran cara lebih berkesan.

    Kaedah laman web yg telah direka bentuk tak dapatlah nak ditunjukan di sini melainkan orang2 yg serius nak jayakan projek ini.

    Ok..guy.

    P/S : Ada sesetengah perkataan saya ubah ya. Harap ianya tidak menjadi satu isu.

    yantie
    Moderator
    Moderator

    Female
    Number of posts : 479
    Age : 39
    Location : Kuantan
    Referral : hunter_ad79
    JGR : 1450
    Maritial status : Married
    Respek :
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Mood :
    Reputation : 0
    Duit : 21
    Registration date : 2008-04-30

    Konsortium perniagaan melayu yang benar2 berjaya (study case:Rufaqa Corp)

    Post by yantie on Tue 17 Jun 2008, 12:00 am

    Petikan ini saya ambil drp post yang di buat oleh saudara 'Ramon' di forum Bicarajutawan.com. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini http://www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=1493&page=3

    salam forumer,
    dan syabas kpd Rufaqa' krna tlh brjaya mmbuktikan bhwa org melayu mampu brpersatuan dn mampu mengembangkan perniagaan di peringkat international. Rufaqa adlah perniagaan juga sebuah persatuan.

    Bagaimana Rufaqa bole berjaya.. kerana mereka
    1. bersatu hati - abuya berjaya menyatukan hati2 pengikut2nye supaya kekal dlm semangat al-arqam melalui ajaran2 n motivasi2
    2. cekal - fanatik terhadap abuya dan al-arqam
    3. gigih dan bersemangat - mereka berniaga tanpa jemu dan kuat semangat utk membangunkn rufaqa dan al-arqam.
    4. tolong menolong - utamakan beli brg al-arqam.
    5. system dana - setiap peniaga rufaqa wajip infa' dana dlm tabung rufaqa utk dijadikan modal pusingan dan sbgnya.
    ... sebab tulah rufaqa dan al-arqam bole berjaya

    ... jadi kenapa org melayu lain x bole berjaya adalah kerana org melayu :
    1. x bersatu, persatuan byk tp 'sejuk' sbb asyik sibuk nak rebut jawatan dan berpolitik.
    2. PHD - dengki n irihati x bole tgk jiran sebelah nk berniaga...merah mata
    3. lemah semangat - daya juang lemah, sekali rugi alamat nye mmg x berniaga lg lah...
    4. kurang sifat nk tolong bangsa sendiri - kurang sgt lah org melayu kita nak introduce customer kat kedai bangsa sendiri. x mcm c*** snggp introduce kat kedai bangsa dia..
    5. Gila duit - kite tgk ajelh dlm paper kes pecah amanah duit koperasi yg byk nye org kite.... sampaikan duit baitulmal pun lesap....

    so kalu kite nk berjaya....
    1. BERSATU - minda org melayu kene tukar.. beli brg org melayu dan HALAL.
    2. BERLAPANG DADA - bersaing secara sihat dgn jiran melayu
    3. KUAT SEMANGAT - ch TS Syed Bukhari, Faezah (beras), Ramli (burger), Sendayu Tinggi dll
    4. TOLONG MENOLONG - beli kat kedai org melayu aje w\pun mahal 5sen ..
    5. BERNIAGA KERANA ALLAH BKN SBB DUIT....

    KALU ADE 5 PERKARA DI ATAS DLM MINDA ORG MELAYU INSYAALLAH KITA BOLE BERJAYA....

    just my 2cent

    yantie
    Moderator
    Moderator

    Female
    Number of posts : 479
    Age : 39
    Location : Kuantan
    Referral : hunter_ad79
    JGR : 1450
    Maritial status : Married
    Respek :
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Mood :
    Reputation : 0
    Duit : 21
    Registration date : 2008-04-30

    Perniagaan Internet : Bukan Senang Nak Berjaya ?

    Post by yantie on Tue 17 Jun 2008, 3:45 am

    Petikan ini saya ambil drp post yang di buat oleh saudara 'Smartusaha' di forum Wangcyber.com. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini http://www.wangcyber.com/forum/perniagaan-internet/7215-perniagaan-internet-bukan-senang-nak-berjaya.html page 18

    Saya setuju dengan code7, kena ada sikap positif. Tapi in the same time, berfikiran negatif juga khasiat dia. Salah satunya, membuatkan kita berwaspada dan tak over acting. Pendek cerita, semua sifat dan sikap kena seimbanglah. Jgn pulak terlalu berfikiran negatif, itu yg tak boleh. Sikit2 tu ok.

    Nak sedih boleh, nak kecewa boleh, nak nangis boleh, nak apa apa pun boleh. Tapi yg penting, keep it in control (dikawal dan terkawal). Kita ni manusia, dah sifat fitrah manusia semua sifat2 tersebut. Saya kurang setuju kalau ada orang kata jangan menangis, jangan kecewa, jangan putus-asa. Seolah-olah semua perkara itu salah, padahal ia sifat semulajadi manusia. Mengapa perlu dibuang?

    Pendekatan saya, "ok, awak boleh bersedih, tapi nanti awak fikirkan bagaimana nak atasi masalah awak tu". "Awak dah berputus-asa? Ok, it's normal. Tapi, awak perlu bangkit semula. Saya boleh bantu awak". Very simple. Biarkan sifat fitrah, kawal sifat itu agar tak berlebihan dan kemudian atasi 'sifat negatif' tersebut dengan penyelesaian yang sepatutnya. Lama kelamaan, ia akan jadi biasa. Lastly, sikap negatif itu akan terkawal dengan sendirinya.

    Susah?

    Sebenarnya tiada perkataan susah dalam nak capai kejayaan. Cuma ada halangan sahaja. Contoh, tak tahu buat website. So kena belajar. Itulah halangan. Bila dah tahu, dah selesai satu halangan. Then terus usaha. Begitulah seterusnya sehingga kita dapat apa yg kita mahu.

    Dalam mencapai sesuatu target, ia umpama kita melalui satu jalan yang lurus. Tapi di jalan tersebut, ada beberapa halangan yang perlu dilalui sebelum sampai ke destinasi (matlamat). Itu sahaja. Kalau anda betul-betul usahawan, lalui sahaja halangan tersebut tanpa rasa malas, takut dan gentar.

    Pendek kata, susah tu hanya mentaliti sahaja. Sebaliknya, kalau ada usaha, fokus, keinginan yang tinggi, produk yang bagus, insyaAllah boleh berjaya.

    So mudah ceritanya, jangan terlalu fikir susah dan susah. Sebaliknya fokus pada usaha dan atasi setiap masalah dan halangan yang dihadapi.

    yantie
    Moderator
    Moderator

    Female
    Number of posts : 479
    Age : 39
    Location : Kuantan
    Referral : hunter_ad79
    JGR : 1450
    Maritial status : Married
    Respek :
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Mood :
    Reputation : 0
    Duit : 21
    Registration date : 2008-04-30

    Nota Ringkas Buat Newbie: Tiga 'Kesilapan' Memulakan Perniagaan Internet

    Post by yantie on Tue 17 Jun 2008, 8:04 pm

    Petikan ini saya ambil drp post yang di buat oleh saudara 'Smartusaha' di forum Wangcyber.com. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini http://www.wangcyber.com/forum/perniagaan-internet/5054-nota-ringkas-buat-newbie-tiga-kesilapan-memulakan-perniagaan-internet.html

    Saya amat yakin, sekarang teramat ramai yg sudah minat dan jatuh cinta dengan dunia perniagaan internet. Dari hari ke sehari, kita mendengar kisah-kisah kejayaan orang-orang kita. Orang Malaysia. Berjaya dalam arena Ebiz.

    Ditambah dengan gaji bulanan yg tidak mencukupi, harga barang naik, tol naik, minyak naik dan segala-galanya memerlukan kos, maka orang ramai yg dalam 'keterdesakan' ini mula mencari punca pendapatan tambahan.

    Dipendekkan cerita, mereka pun berjumpalah dengan peluang buat duit di internet.

    Disangka langit yang cerah, namun hujan dan ribut yang menimpa.

    Mereka telah membeli ebook, buku, sertai seminar, bengkel, join forum, baca artikel, download ebook free (bukan satu, tapi berlambak banyaknya) dan mcm2 lagi cara.

    Sedih dan kecewa, nak dapat 1 sen di internet pun terkapai-kapai. Tunggu masa untuk lemas sahaja di 'lautan luas'.

    Tiga kesilapan newbie yg baru memulakan perniagaan internet ialah:

    Kesilapan 1: Bermula dengan sesuatu yg besar dan tidak sepadan dgn kemampuan atau keperluan diri sendiri.

    Yg sebetulnya, mulakanlah dengan sekecil-kecil idea. Saya amat yakin, semua otai-otai di sini semuanya bermula dengan perkara yg teramat simple. Begitu juga saya.

    Dulu, saya bermula dgn domain dan hosting percuma sahaja disebabkan tiada modal untuk membeli. Anda juga boleh bermula begini, tapi jika ada modal, lebih baik pendekkan perjalanan usaha anda. Terus beli domain dan hosting jika perlu.

    Jadi, guna sahaja apa yg free untuk anda buat duit selagi ia boleh membantu. Tidak ada kesalahan besar di sini sebab anda baru bermula. Saya tidak mahu mengatakan anda wajib beli domain dan hosting kerana segalanya bergantung kepada kehendak, kemampuan dan keperluan anda sendiri.

    Buat benda susah...
    Mengapa buat perkara yg susah, mengambil masa dan tenaga yg banyak jikalau sudah tahu ia susah bagi anda? Dalam membuat duit di internet, jangan dilihat suka atau tidak. Soalan pokok di sini ialah, buat duit. Kalau nak lihat suka atau tidak, rasanya sampai mati tidak berjaya buat duit di internet.

    Yg sebetulnya, kita perlu bina minat. Kena belajar. Bukan ikut kata hati, "apa yg aku suka yer?". Ketahuilah, apa yg kita suka, tak semestinya ia profitable (menguntungkan) atau orang lain suka apa yg kita suka. Last2, kita syok sendiri.

    Tanyalah mana-mana otai, adsense ke, ebook ke, produk fizikal ke, mereka tidak lihat suka atau tidak, tapi mereka melihat pada peluang, demand dan mudah untuk dilakukan.

    Org yg bijak ialah, guna sedikit masa, tapi income amat memuaskan. Ini yg sebaiknya.

    Apa yg saya mahu katakan dalam kesilapan kedua ini ialah:

    a. Buat sesuatu yg mudah. Yg sepadan dgn kemampuan anda.

    b. Lihat pada market dan peluang, bukan pada apa yg kita suka. Tak semua yg kita suka menguntungkan.

    c. Jika anda hanya mahu side income di samping gaji bulanan, maka buatlah sesuatu yg tidak menggunakan banyak masa. Jgn lakukan idea yg memerlukan masa, tenaga dan modal yg besar.

    Menjana pendapatan di internet ada dua cabang:

    1. Buat duit : Anda hanya mahu duit tambahan. Biasanya tujuannya hanya short term, tiada long term punya matlamat. Buat duit ini ada mcm2 cara: fast way, lazy way. Dan ia terbahagi dua jalan: cara halal dan cara haram. Tak kisah anda pilih yg mana satu, tapi dosa pahala tanggunglah sendiri. Dua2 medium itu boleh buat duit, tapi bezanya ialah berkat dan tidak berkat sahaja.

    2. Buat bisnes : Anda betul2 buat bisnes. Ada fasa2 tersendiri dan semestinya bisnes anda adalah untuk jangka masa panjang. Buat bisnes ini biasanya ambil masa dan tenaga sebelum meraih sesuatu yg besar. Anda perlu mengambil masa sebab anda perlu menjaga reputasi, kredibiliti dan nama. Org yg ada long term tidak jual sesuatu yg tidak ada kualiti atau dalam istilah yg lain, 'menjual sampah'.

    Kesilapan 2: Tidak buat satu-satu (tiada fokus)

    Ini adalah penyakit paling teruk. Kesilapan yg teramat besar. Di internet, anda boleh buat duit dengan macam-macam cara. Terrrramat banyak cara. Selain jual ebook, buat Google Adsense dan yg biasa2 kita dengar, di sana terdapat 1001 cara lagi untuk mendapatkan duit di internet secara halal dan sah.

    NAMUN BEGITU, melakukan satu dua perkara secara terurus dan berstrategi adalah lebih menguntungkan berbanding melakukan 10 kerja dalam satu masa tanpa perancangan. Sekejap buat itu, sekejap buat ini, esok nak belajar adsense, lusa nak ambil tahu pasal lain pula..

    Pilih satu cara, belajar dan buat. Usaha sampai dapat duit dan ulang dan ulang lagi sampai anda tersedak sebab dapat banyak dapat duit. Cara ini lebih baik daripada buat banyak benda tapi 1 sen pun tak dapat.

    Jangan memandang ringan perkara ini. Apa yg saya perhatikan, newbie mudah terjerat apabila melihat si A berjaya dengan Adsense, kemudian dia mahu juga buat Adsense. Kemudian datanglah cerita si B buat 4 angka dengan jual ebook, maka mulalah mahu menjual ebook, dan Adsensenya tadi entah ke mana. Begitulah rutin hariannya.

    Kesian. Penyakit ini tiada ubat melainkan anda kembali kepada apa yg mampu anda buat dan fokus padanya. Saya pernah terkena penyakit ini dan akibatnya, hari-hari saya dilalui dengan penuh kerugian, jualan produk saya jatuh mendadak & bisnes tidak terurus, gara-gara mahu berjaya seperti si A, B, C dan D.

    Hakikatnya, saya perlu jadi diri saya sendiri. Kalau ada peluang yg baik, saya akan lakukan jika saya berkesempatan. Tapi saya akan kemudiankan jika ia boleh merosakkan perniagaan sedia ada saya. Saya rela mendapat sedikit income daripada mengucar-ngacirkan perniagaan sedia ada saya hatta mahu jadi mcm org lain.

    Kata kunci di sini: Jadi diri sendiri dan fokus pada satu-satu usaha pada satu masa.

    Kesilapan 3: Salah Berguru

    Maafkan saya jikalau poin ketiga ini membuatkan ada yg terasa. Namun anda mesti tahu, cara belajar yg betul ialah belajar daripada mereka yg betul-betul tahu membimbing anda mendapatkan pendapatan di internet.

    Kepada guru iaitu yg mengajar itu, anda mesti tahu tahap kemampuan anak didik anda. Kalau si A lebih sepadan dgn menjual produk digital kerana masanya amat terhad utk menjual produk fizikal, didiklah dia untuk berjaya dalam bidang tersebut.

    Jika si B ada kemampuan membina bisnes produk fizikal, ajar mereka cara menjadi seorang yg berjaya melalui cara itu.

    Guru yg bijak ialah mampu melihat potensi diri anak didiknya, bukan memberikan jalan yg tidak sepadan atau tidak serasi dengan mereka.

    Pendek kata, jika anda mahu mendapat duit melalui Adsense, guru terbaik di sini adalah seperti Sham RajaAdsense dan juga SyedIkhwan. Kalau mahu menjual produk fizikal ke seluruh dunia, SaifulSham is the best here. Kalau mahu menjadi webmaster yg pro, Alang adalah contoh terbaik.

    Hanya menyebut beberapa nama sahaja. Ada lagi sebenarnya otai2 di sini, cuma kita tak tahu sahaja.

    Namun pesanan saya, memang ramai yg boleh ajar anda buat duit, tapi awas, jangan tersalah pilih guru. Mentang2lah mahu buat duit banyak yg terbukti memang boleh dapat 4 angka sebulan, yg berkat diketepikan, tapi jalan hitam dipilih.

    Hatta buat duit bertimbun-timbun setinggi gunung everest pun, ia langsung tidak bernilai di sisi Agama. Yg sedikit tapi berkat lebih baik daripada yg banyak tetapi sumbernya bukan dari jalan yg diberkati.

    Akhir kata untuk poin ke-3 ini, belajarlah dengan mereka yg betul2 boleh mengajar anda buat duit (dgn cara yg berkat sudah semestinya) dan kemudian membina perniagaan internet yg berjaya.

    Sepertimana yg ditulis oleh Dr. Rusly dalam bukunya, "Bagi mendapat tuntunan yg benar, kita harus mencari dan berdamping dengan guru yang mursyid...". Salah satu ciri guru yg mursyid ialah amat sensitif dgn sumber atau cara pendapatan yg diragui oleh Agama.

    Tak cukup guru yg hanya tahu ajar cara buat duit semata-mata, tapi kita juga perlukan guru yg boleh membimbing kita lebih daripada itu. Maksudnya, bukan keduniaan semata-mata.

    Salah pilih guru, salahlah jalan-jalan yg akan anda lalui..

    ----------------------------

    Bermulalah dgn sekecil-kecil idea. Semua orang bermula dgn idea yg kecil. Amazon, ebay & lain2, mereka hanya bermula dengan cara yg kecil dan tidak masuk akal. Tapi kini mereka big players di internet. Oh ya, anda tak perlu bina ebiz mcm ebay atau amazon, cukuplah small biz sahaja tapi ada multiple sources of income.

    Kita simpulkan kembali 3 kesilapan terbesar di atas:

    Kesilapan 1: Bermula dengan sesuatu yg besar dan tidak sepadan dgn kemampuan / keperluan diri

    Kesilapan 2: Tiada fokus pada usaha

    Kesilapan 3: Salah Berguru dan salah pilih guru

    Tujuan saya menyatakan perkara ini adalah agar anda yg baru mahu bermula melakukan dgn langkah yg betul, bukan langkah yg songsang.

    Sekian sahaja Nota Ringkas Buat Newbie. Namun artikel saya di atas amat sesuai juga untuk semua orang. Ambil yg jernih, buang yg keruh.

    Wassalam.

    yantie
    Moderator
    Moderator

    Female
    Number of posts : 479
    Age : 39
    Location : Kuantan
    Referral : hunter_ad79
    JGR : 1450
    Maritial status : Married
    Respek :
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Mood :
    Reputation : 0
    Duit : 21
    Registration date : 2008-04-30

    Re: [TIPS] Sumber Rujukan Saya

    Post by yantie on Sat 08 Nov 2008, 10:36 am

    Terkini, saya akan menjadikan beberapa forum yg ada di link ini sebagai sumber rujukan saya termasuk juga forum JG ini. Semoga segala tunjuk ajar & ilmu yg ada di alam siber ini dapat membantu kita dalam merealisasikan cita2 kita semua. Amin.


    _________________
    welcome[b]
    arrow ANDA SEORANG USAHAWAN ? KONGSIKAN PERNIAGAAN ANDA DI SINI !!!senyumm
    arrow NAK SHOPPING ONLINE ? JOM SINGGAH DI SINI !!! PELBAGAI PRODUK DIJUAL SECARA BORONG RUNCIT... KLIK DI SINI SEKARANG!!! senyumm
    arrow FREE TRIAL MENGGUNAKAN SISTEM KEDAI ONLINE EDYCART... RASAI PENGALAMANNYA SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN INTERNET ANDA!!! KLIK DI SINI SEKARANG!!!
    senyumm
    [/b]

    Sponsored content

    Re: [TIPS] Sumber Rujukan Saya

    Post by Sponsored content Today at 8:15 pm


      Current date/time is Sun 04 Dec 2016, 8:15 pm