JomGempaq Forum

Selamat datang ke Forum Jomgempaq


    Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Share

    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Tue 28 Jul 2015, 4:42 pm

    IELTS Writing Task 2 Sample 310 - It is the responsibility of a government to protect its citizens from natural disasters

    Do you agree or disagree?

    Give reasons for your answer.
    You should write at least 250 words.
    Sample Answer 1:
    For many years natural calamities and disasters have been mankind's greatest enemy. The word goes with its literal meaning 'natural', that is involuntary in nature. Humans have no control over it. Nevertheless, there are steps that can be taken to prevent it and reduce magnitude of its consequences. Taking this in view, some people think that government solely is responsible for protecting its citizens, while, others oppose this by saying that individuals play an indispensable role in safeguarding themselves. This essay will provide an in depth evaluation of the matter before coming to an appropriate conclusion.
    First of all, in this high- tech world, it is nearly impossible for us to control or prevent these disasters. Nowadays, media in the form of Television and newspapers are creating awareness among the people to tackle these situations, even before they face it. For example, Cyclones; category 5 cyclone hit Australia in 2015, people were warned beforehand through TV about the occurrence and necessary steps were taken immediately to minimise the loss. Similarly, newspapers have articles about what to expect in times of earthquakes and so on. Furthermore, people today are much more educated to take initiatives themselves. For example, individuals nowadays build houses that are disaster proof.
    Moreover, along with the citizens, government also plays an important role in protecting its people. According to me, a generous amount of money should be spent on architectural works. Buildings should be made so strong that it even stands high magnitude earthquake. One such example is, UAE, it is currently including iron pillars and iron wheels so that the building can withstand high force. In addition, government should provide to the people with adequate resources to reduce the amount of loss. For example, in cases of cyclones, sand bags should be supplied in abundance to the coastal areas to avoid flooding. Lastly, after the disaster has occurred, appropriate rescue plans should be executed with efficient medical facilities and compensation for the loss if practical, need to be provided.
    To conclude, from the aforementioned contributions, it is crystal clear that the government has the major role to play in overcoming the disasters cause by natural calamities. But, to be mentioned, it works better if goes together with the co-operation of the citizens too.
    [ Written by - Fatema Bohari ]
    Sample Answer 2:
    As much as the nature is beautiful, it can wreak havoc and the resulting natural disasters often do not come with a warning. A natural disaster can hit a region any time and it is always thought to be a responsibility of the local government to protect their people from it.
    According to me, the government can be held responsible for a disaster that was predicted and could have been averted. For e.g. floods. Region which has high rainfall prediction has a high possibility of being flooded. Such regions should have more dams built which can control the excess water due to rain. Similarly regions with low rainfall prediction should have advanced facilities like rain water harvesting so that the people can get adequate water for drinking, farming, etc.
    Having said this, the government may not be able to protect their people in all natural disasters for e.g. a tsunami, a volcanic eruption or a hurricane. Few years back two countries in Asia namely Sri Lanka and India were on the receiving end of the wrath of nature in the form of Tsunami. Thousands of people died and there was a substantial loss of property and livestock as well. Similarly The United States has witnessed many cyclones in history and the people have suffered a lot of damage despite The States being the most powerful country in the world with a strong government at the helm.
    The citizens should be aware and take responsibility as well. Local governments of the natural disaster prone areas should take additional steps to forecast and broadcast the news to minimize the natural disaster. The forecasting system and technology related to weather forecasting should be updated to take precaution so that people of the area get the news before the disaster hot the area. The government should allocate a budget and manpower to help the victim of the natural disaster. Thus the devastating outcome of the natural calamities can often be reduced.
    Thus in conclusion, I feel that government should be responsible for the safety of its people but in some cases it fails to do so against nature.
    [ Written by - Ripal Vyas ]



    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Thu 06 Aug 2015, 4:22 pm

    Kehilangan Slip Keputusan MUET

    (a)
    Calon yang kehilangan Slip Keputusan MUET/Sijil MUET boleh memohon untuk mendapatkan Salinan Sijil MUET atau Penyata Keputusan MUET yang sah.
    (b)
    Salinan Sijil MUET ialah salinan kepada Sijil MUET yang asal. Hanya calon yang menduduki MUET mulai sesi November 2013 sehingga sekarang yang boleh memohon Salinan Sijil MUET. Calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM/MUET (MPM/S2) dan menghantarnya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama-sama dengan bayaran sebanyak RM40.00.
    Untuk mendapatkan [URL="http://portal.mpm.edu.my/documents/10156/6af92e75-ce63-416a-bcd2-ac9c3597cfc5"]MUET/S2[/URL], sila klik [URL="http://portal.mpm.edu.my/documents/10156/6af92e75-ce63-416a-bcd2-ac9c3597cfc5"]di sini[/URL].
    (c)
    Penyata Keputusan MUET ialah penyata yang sah yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan, sesi ujian, angka giliran, keputusan MUET, dan tarikh luput. Penyata Keputusan MUET boleh dipohon oleh mana-mana calon dari mana-mana sesi. Calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Penyata Keputusan STPMM/MUET (MPM/S3) dan menghantarnya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama-sama dengan bayaran sebanyak RM20.00 (permohonan kali pertama), RM30.00 (permohonan kali kedua), dan RM50.00 (permohonan kali ketiga).
    Untuk mendapatkan [URL="http://portal.mpm.edu.my/documents/10156/ef603c47-8819-4f83-9de0-2ccc286d13a9"]MUET/S3[/URL], sila klik [URL="http://portal.mpm.edu.my/documents/10156/ef603c47-8819-4f83-9de0-2ccc286d13a9"]di sini[/URL].
    (d)
    Bagi calon yang memohon melalui pos, Salinan Sijil MUET/Penyata Keputusan MUET akan dipos kepada calon dua hari selepas permohonan yang lengkap diterima di MPM, manakala calon yang memohon di kaunter MPM akan menerima Salinan Sijil MUET/Penyata Keputusan MUET dalam masa setengah jam selepas permohonan yang lengkap diterima di kaunter.

    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Tue 08 Sep 2015, 3:02 pm

    Abam Belajar Bahasa Inggeris, Malu Pada Kanak-Kanak 'Oh My English'


    Abam bersama seorang pelakon kanak-kanak Kashika dalam telefilem Oh My English.



    PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon Abam (Bocey) memberitahu dia mula mempelajari bahasa Inggeris kerana menyedari kepentingan bahasa itu selepas terlibat dalam telefilem Oh My English: Oh My Goat - Come Baaack!!.
    Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, tindakan tersebut dilakukan kerana dia berasa malu terhadap pelakon kanak-kanak yang petah bercakap bahasa Inggeris ketika penggambaran telefilem tersebut.

    "Selapas penggambaran itu saya belajar sedikit-sedikit bahasa Inggeris melalui televisyen dan bercakap dengan kawan-kawan kerana saya sedar kepentingannya untuk kerjaya saya.

    "Saya malu melihat budak-budak kecil ketika penggambaran Oh My English boleh bercakap dengan fasih sehingga membuatkan saya rasa janggal," ujarnya kepada mStar Online.
    Abamditemui pada pelancaran telefilem Oh My English: Oh My Goat -Come Baaack!!, di restoran Subak, di sini, Rabu.


    Barisan pelakon dan produksi telefilem Oh My English: Oh My Goat-Come Baaack!!
    Abam berkata, sepanjang penggambaran telefilem tersebut dia mengalami masalah untuk melontarkan beberapa dialog yang memerlukannya untuk bercakap bahasa tersebut.

    Dia juga terpaksa mengulangi adegan tersebut beberapa kali bagi mendapatkan intonasi yang betul.

    "Saya mengalami masalah untuk lontarkan dialog berbahasa Inggeris kerana tidak boleh ucap dengan baik. Intonasi saya tidak betul sehingga pengarah pun garu kepala," ujarnya.

    Dalam pada itu, Abam berkata, dia tidak menyangka apabila ditawarkan untuk terlibat dalam telefilem tersebut berikut kelemahannya bertutur bahasa itu.

    "Saya sebenarnya terkejut apabila pihak produksi memanggil saya untuk terlibat dalam telefilem ini kerana saya tidak pandai berbahasa Inggeris.

    "Saya selalu tengok siri Oh My English tetapi tidak terfikir yang mereka akan panggil saya untuk berlakon," katanya.

    Menerusi telefilem Oh My English: Oh My Goat - Come Baaack!!, Abam membawakan watak Ismail yang merupakan anak kepada ketua kampung Dalam Ayer yang sering membawa masalah.

    Telefilem yang diarahkan oleh Shamyl Othman dan Umi Omar itu mengisahkan penggambaraan Mr Henry Middleton lakonan Zain Saidin yang menawarkan untuk mengajar di sebuah kampung terpencil di Malaysia iaitu Kampung Dalam Ayer.

    Telefilem ini turut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Zain Saidin, Jihan Muse, Juliana Evans, Nadiya Nisaa dan Juzzthin.

    Oh My English: Oh My Goat - Come Baaack!!
    bakal bersiaran pada 5 September ini, pukul 9 malam di tiga saluran serentak iaitu Astro TVIQ, Astro Prima dan Astro Maya HD.

    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Tue 15 Sep 2015, 4:25 pm

    Bahasa Rojak...

    Aku rasa Amazing race lebih best dari explorace ni. At least Amazing race semua sama rata, clue dia lebih stright to the point. Cuma aku tak faham lah kenapa TV3 suka pengacara dia cakap rojak. Sekejap cakap English, sekejap cakap melayu. Kalau nak english buatlah english all thru the way. Ni kesian host kena tukar2. Host dia ok jugak. Cuma bahasa aku tak suka. Mcm si Ari pulak masa mengacara muzik muzik, mengampah aku! Aku rasa The other team is much better tapi terlalu byk mistake. Yg menang last night tu lucky. So takde istimewa sgt explorace. Lain dgn Amazing race di mana you can learn from your mistakes. Sebab kebanyakkan yang menang Amazing race memang pernah buat mistake and terkadang sikit lagi kena eliminate.

    Itulah contoh bahasa rojak (bahasa campur antara Melayu dan Inggris) yang telah menjadi virus di Malaysia. Si penulis komentar di atas sebenarnya mengkritik pembawa acara TV Explorace yang memakai bahasa rojak. Tapi ibarat pepatah seperti kepiting mengajar anaknya berjalan lurus. Yang mengkritik pun turut membuat apa yang dikritiknya itu.

    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Wed 23 Sep 2015, 3:38 pm

    Setelah dua tahun berlalu dan keputusan IELTS yang diambil pada 2011 telah menemui tarikh luput, beberapa minggu lepas saya menduduki IELTS lagi sekali dan baru saja mendapat keputusan hujung minggu yang lalu . Ironinya, keputusan saya sama dengan keputusan tahun 2011, cuma band di setiap komponen itu ada sedikit perubahan. Beberapa kawan meminta tips, maka saya tuliskan saja di sini supaya senang untuk beri link pada mereka kemudian. Hahaha... tiba-tiba mengalami sindrom malas membebel.

    Yuran pendaftaran IELTS tahun ini sudah naik beberapa puluh ringgit. Kalau pada tahun 2011 yuran yang dikenakan hanya RM570, sekarang sudah mencecah RM610. Dan yang sedihnya tak boleh claim dari majikan. Ish3, universiti lain boleh je claim. Sampai ati. (Semalam macam dah insaf tak nak bebel pasal claim sebab alhamdulillah Allah bagi lepas dengan sekali ambil, hari ni bebel lagi pulak. Apa nak jadi ni?)


    Kalau sebelum ini saya mengambil IELTS dalam masa 2 hari (sehari untuk 3 komponen, satu hari yang berlainan untuk speaking test), kali ni saya ambil keempat-empat komponen dalam satu hari sahaja. Kesemua peperiksaan untuk keempat-empat komponen ini dijalankan di bangunan British Council sendiri. Tak payah ambil test kat hotel macam dulu. Tapi sebenarnya sama saja, sebab takde pun masa listening dia bagi earphone, terpaksa juga besarkan telinga, dan memang ada beberapa perkataan yang saya tak dapat tangkap. Huaaa...

    Kalau nak ikutkan, peperiksaan kali ni diambil dalam keadaan saya tak bersedia. Rasanya saya cuma buat latihan tak sampai seminggu sebelum tarikh peperiksaan. Walaupun semangat buka buku tu dah berbulan-bulan. Tapi cuma buka je la, tak buat pun, jeling-jeling sikit kadang-kadang. Haha.... Apa yang boleh saya katakan, walaupun dah ambil peperiksaan yang sama 2 tahun lepas, tetap juga bila dengar rakaman perbualan untuk listening test tu, tangan saya berlari-lari panik nak tulis jawapan tak jumpa. Maka disebabkan itu, saya habiskan juga 6 rakaman perbualan yang ada dalam satu buku practice test sebelum menduduki peperiksaan. Alhamdulillah, keputusan listening ini yang menaikkan band saya.

    Secara keseluruhannya, saya buat semua latihan listening dan reading yang ada dalam buku yang diwariskan kepada saya oleh seorang teman yang telah pergi ke Kent, UK. Semoga Allah memudahkan perjalanan PhD nya di sana. Dia bagi lima buah buku sebenarnya, tapi saya guna sepenuhnya sebuah je, nampak sangat pemalasnya. Huaa macamana la nak sambung study lagi ni? (Maaf, menyimpang banyak). Sewaktu membuat latihan reading, saya cuba set masa seperti yang dicadangkan dalam buku latihan. Tapi memanjang terlajak perahu tak boleh diundur. Memang tak sempat. Sampaikan masa peperiksaan sebenar pun tak cukup masa. Sangat rugi, bila pengumuman habis masa dibuat baru saya perasan jawapan yang saya cari ada di mana. Huhu... Sayang satu soalan hilang markah. Lain orang mungkin lain caranya untuk tackle reading test ni. Disebabkan saya tau saya bermasalah menguruskan masa, maka saya baca semua soalan dan bulatkan nama-nama orang dan keyword-keyword penting sebelum saya baca petikan yang diberi (yang ni kena buat latihan baru kita tau apa yang penting di setiap section soalan) . Kemudian bila saya baca petikan, saya bulatkan balik nama-nama dan keyword-keyword yang serupa. Dan biasanya bila saya jumpa jawapan, saya terus jawab, tanpa tunggu habis baca petikan, dan tanpa ikut turutan section (satu petikan biasanya merangkumi beberapa section soalan). Jadi, bila habis baca petikan, soalan pun habis dijawab. Tapi nak buat cara ni memerlukan familiarity dengan bentuk soalan. Apa pun, practice makes perfect (macam tak layak je nak guna slogan ni sebab bukan buat latihan sangat banyak dan sangat hebat pun).

    Writing test adalah yang paling saya takuti. Sebab banyak kes yang mengulang IELTS 'angkara' (hoho, strong word) tak lepas komponen ni. Dan, saya sendiri salah faham terhadap diri sendiri sebab saya ingat band writing test yang saya ambil dua tahun lepas kurang daripada 6.0 (Boleh tak salah faham dengan diri sendiri lepas tu tak pergi check result IELTS 2011 tu balik?). Writing test ni saya buat dua latihan untuk section A, tapi tak buat latihan untuk section B (haiya, sila jangan tiru). Apa yang saya buat adalah saya baca berulang kali tips yang terdapat di dalam buku yang diberi oleh kawan saya tadi. Untuk section A writing, biasanya buku-buku latihan memang akan beri senarai perkataan-perkataan yang baik untuk digunakan (supaya kita tak ulang perkataan yang sama banyak-banyak kali). Jadi saya baca tips tu ulang-ulang kali masukkan dalam minda. Dan, kali ni saya agak berhati-hati untuk pastikan jumlah patah perkataan yang saya tulis mencukupi. Lagi satu, buku latihan juga biasanya akan berikan guideline untuk buat introduction, untuk mulakan paragraph, dan untuk beri penerangan satu-satu apa yang ada dalam carta. Maka saya sebagai penuntut ilmu yang baik, ikut saja apa yang diajar dengan sebaiknya. Haha... Untuk section B tak tau nak bagi tips macamana sebab saya pakai tulis je. Dapat soalan, fikirkan outline isi untuk setiap perenggan dan tulis. Yang penting saya cuba minimumkan grammatical error. Almaklum dah selalu sangat proofreader thesis betulkan grammar saya, jadi tahap waspada agak lebih sikit kali ni berbanding pertama kali amik IELTS dulu (tapi sikit je la, saya tau grammar saya tonggang terbalik lagi).

    Alkisah speaking test, saya cuma tengok format soalan dalam masa menunggu (dari pukul 12 lebih ke 3 lebih) sementara giliran saya tiba. Itu pun tengok sambil lalu sebab lagi banyak bercakap dengan kawan yang baru dikenali masa exam tu daripada tengok buku. Kali ni saya tak dapat native speaker as examiner. Examiner saya rakyat Malaysia berbangsa Cina yang sangat friendly. Rasanya kami banyak ketawa sepanjang sesi speaking test tu. Dan macam biasa nama saya yang agak pelik tu selalu jadi 'bahan' speaking test IELTS, cis! Kalau nak dibandingkan native speaker yang agak serius dan saya sorang je sengih-sengih dulu, speaking test kali ni berlalu dalam keadaan rileks dan menyenangkan. Tapi jangan disangka air yang tenang takde buaya. Native speaker dulu beri saya 7.5 untuk speaking, kali ni saya dapat 6.5 sahaja. Hahahahaha..... mungkin kemahiran bercakap saya sudah berkurangan. ;p

    Ok, selesai sudah keempat-empat komponen. Bila dapat result IELTS ni saya rasa macam nak nangis mengenangkan betapa baiknya Allah pada saya. Sebab saya tau kalau nak diikutkan usaha saya yang tak seberapa, mungkin saya perlu mengulang IELTS lagi. Tapi nikmat tak perlu mengulang IELTS dan tak perlu mengeluarkan duit RM610 sekali lagi ni, hanya setinggi-tinggi pujian dapat saya panjatkan pada-NYA. Sungguh, nikmat Allah yang mana lagi yang hendak saya dustakan?

    Untuk mereka-mereka yang akan menduduki IELTS, all the best!! Semoga bantuan Allah bersama kalian. Semoga Allah permudahkan dan berkati usaha kalian. Dan semoga kejayaan menjadi milik kalian. Amin. :-)

    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Tue 29 Sep 2015, 3:21 pm

    I was looking around for some stuff to write here today, when I stumble on this great article. I just realised that this could be why a lot of people tends not to talk in English ( I think I knew about this, but never realised that this is so true!). People are afraid to make mistakes. They are afraid that people would judge their English grammar and what not. Have you ever heard how a taxi driver speaks in Bangkok?He doesn't give a **** whether you'd actually understand him or not. Yet still, you do understand bits and pieces of his conversation, and on top of that, he sounds pretty darn confident about himself.( I salute you!)

    So dear friends, your aim should not be to talk perfect English as you are learning. Aim to be fluent at English and allow yourself to make mistakes. Give yourself a chance. Make this year the year that you will improve your English.After all, we are not native English speakers. We have our own language that we love:)


    Saya mencari artikel untuk menulis disini hari ini, apabila saya terjumpa sebuah artikel yang hebat. I perasan mungkin ini sebab mengapa ramai yang mungkin tahu English tapi tak mahu atau malu nak cakap English (rasanya saya memang dah tahu cuma saya betul2 perasan yang ianya benar!). Kita takut untuk buat kesilapan. Kita takut yang orang akan menilai tatabahasa BI kita dan sebagainya. Pernah dengar tak macam mana teksi driver kat Bangkok cakap English? Dia bukan kisah you faham ke tidak. Tapi anda mungkin faham sikit2 apa yang dia cakap. Yang best tu, confident pulak dia cakap. (Cayalah!) Jadi buatlah tujuan anda belajar BI untuk menjadi FASIH dan bukan perfect (sempurna).Berilah diri anda sedikit ruang untuk buat kesilapan. Akhir kata, kita pun bukan orang English ka, Amerika ka yang mempunyai English sebagai bahasa ibunda. Kita sudah ada bahasa sendiri yang kita cintai :)


    Note. Jangan translate apa yang di tulis dalam English ke BI direct. Dah dituliskan pun maknanya (lebih kurang). Nanti pening kepala. Thank you.

    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Mon 05 Oct 2015, 5:38 pm

    Bahasa Inggeris memainkan peranan yang penting dalam bidang perniagaan dan teknologi kerana Bahasa Inggeris merupakan medium komunikasi yang banayak digunakan di tempat kerja. Kepentingan Bahasa Inggeris telah berkembang dalam komunikasi lisan dan bukan lisan disebabkan permintaan daripada pelanggan dan penggunaan internet gloabal.

    Justeru, pihak pengurusan atasan yang menyedari kepentingan penggunaan bahasa ini, telah mendorong penggunaannya di tempat kerja secara meluas. Oleh itu, penggunaan Bahasa Inggeris telah digunakan untuk berinteraksi dengan rakan sekerja, pelanggan dan pembekal. Bahasa Inggeris juga digalakkan dalam penulisan laporan, memo, resume, profil syarikat serta demo produk dan servis.


    Kepentingan Bahasa Inggeris di tempat kerja telah menyedarkan kalangan mahasiswa dan mahasiswi dalam permohonan pekerjaan di sektor swasta untuk memenuhi keperluan majikan. Ini kerana kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris sudah menjadi perkara yang penting dalam proses permohonan pekerjaan. Keputusan kajian merumuskan bahawa graduan yang kompeten perlu mempunyai komunikasi sosial dalam Bahasa Inggeris untuk memenuhi keperluan pasaran.

    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Tue 13 Oct 2015, 4:22 pm

    Nak kongsi sedikit kelemahan bahasa inggeris antara PUNCA susah dapat kerja. Antara sebabnya:

    1. Tatabahasa Inggeris lemah (Poor grammar)

    Grammar atau tatabahasa Inggeris merupakan sistem atau peraturan bahasa. Jika anda mempunyai pemahaman yang baik tentang tatabahasa, anda boleh menulis dan bercakap dengan lancar tanpa sebarang kesilapan.

    2. Sebutan tidak jelas (Pronunciation is not clear)

    Pronunciation atau sebutan merupakan bunyi yang dibuat untuk mengatakan sesuatu. Bagaimanakah anda boleh tahu sebutan anda betul atau salah? Tanya diri anda soalan-soalan ini untuk mengukur tahap berapa baik sebutan anda. Adakah orang memahami anda dengan mudah apabila anda bercakap dalam Bahasa Inggeris? Jika mereka tidak faham apa yang anda katakan, anda mungkin menggunakan sebutan yang salah.

    3. Kesilapan ejaan (Spelling errors)

    Tidak kira jika anda seorang pelajar atau pekerja, ejaan adalah penting kerana anda perlu menulis setiap hari. Karangan atau apa saja termasuk email yang ditulis dengan ejaan yang betul menunjukkan anda seorang profesional dan cukup prihatin dalam tugas anda untuk mengelak daripada melakukan kesilapan yang tidak perlu.


    BAGAIMANA CARA MENGATASI KELEMAHAN BAHASA INGGERIS SEPERTI DI ATAS?


    Tatabahasa Inggeris (Grammar)

    Ia adalah mudah untuk memperbaiki grammar tanpa benar-benar membaca sebuah buku rujukan tatabahasa Inggeris. Bagaimana? Banyakkan membaca buku cerita. Anda juga boleh belajar tatabahasa dengan membaca buku cerita dan majalah. Lupakan cara formal untuk belajar Bahasa Inggeris dan jangan risau mengenai peraturan tatabahasa Inggeris.

    Membaca sesuatu yang ringkas seperti buku cerita kanak-kanak, anda akan menguasai pembinaan ayat, kata kerja, tanda baca, ungkapan dan semua komponen tatabahasa Inggeris dalam masa yang singkat.


    Sebutan Inggeris (Pronunciation)

    Salah satu cara untuk mempelajari bunyi perkataan Inggeris yang betul adalah dengan menggunakan kamus. Jika anda rasa susah untuk mempelajari sebutan dengan kamus, anda boleh mendengar radio atau menonton televisyen. Satu lagi cara yang sangat berkesan ialah mendengar lagu Inggeris dan menyanyi bersama-sama lagu tersebut.


    Ejaan (Spelling)

    Membaca majalah dan buku adalah cara yang paling mudah dan terbaik untuk mempelajari perkataan baru dan menguasai ejaan. Kamus adalah berguna untuk mengetahui makna perkataan yang anda tidak tahu tetapi kebanyakan masa apabila anda membaca artikel atau cerita, anda boleh memahami maksud perkataan dengan mudah jika anda memahami konteks artikel atau petikan yang dibaca.

    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Thu 12 Nov 2015, 3:32 pm



    USD/JPY
    From GMT+08:00 14:47
    Till GMT+08:00 18:47

    Sell
    17 minutes ago

    Sell at 122.95
    Take profit* at 122.62
    Stop loss at 123.32

    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Thu 26 Nov 2015, 4:25 pm



    GBP/USD

    From GMT+08:00 15:07
    Till GMT+08:00 19:07

    Buy
    51 minutes ago

    Buy at 1.5113
    Take profit* at 1.5158
    Stop loss at 1.5058

    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Thu 03 Dec 2015, 4:25 pm



    USD/JPY
    From GMT+08:00 15:35
    Till GMT+08:00 19:35


    Sell
    29 minutes ago


    Sell at 123.48
    Take profit* at 123.12
    Stop loss at 123.82

    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Wed 13 Jan 2016, 12:04 pm




    USD/CHF signal

    15 minutes ago

    From GMT+08:00 10:48
    Till GMT+08:00 14:48

    Buy at 1.0046
    Take profit* at 1.0068
    Stop loss at 1.0018



    .

    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Wed 17 Feb 2016, 1:09 pm



    NZD/USD signal

    18 minutes ago

    From GMT+08:00 12:32
    Till GMT+08:00 16:32

    Sell at 0.6564
    Take profit* at 0.6531
    Stop loss at 0.6601

    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Wed 20 Apr 2016, 3:27 pm



    GBP/USD signal
    58 minutes ago
    From
    GMT+08:00 13:41
    Till
    GMT+08:00 17:41

    Buy at
    1.4349
    Take profit* at
    1.4398
    Stop loss at
    1.4288

    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Wed 11 May 2016, 2:19 pm



    AUD/USD signal
    20 minutes ago
    From
    GMT+08:00 13:32
    Till
    GMT+08:00 17:32

    Buy at
    0.7356
    Take profit* at
    0.7388
    Stop loss at
    0.7318

    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Wed 01 Jun 2016, 4:03 pm

    EUR/JPY signal
    27 minutes ago
    From
    GMT+08:00 13:52
    Till
    GMT+08:00 17:52

    Sell at
    122.31
    Take profit* at
    121.82
    Stop loss at
    122.92

    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Wed 03 Aug 2016, 10:42 am

    Saya kenal ramai forex trader yang bergelar jutawan. Mereka low profile, tak suka menunjuk-nunjuk dan sangat-sangat kaya.

    Mereka membina kekayaan mereka melalui kemahiran trade forex.

    Forex?

    Anda mungkin bertanya…

    Bukan kah forex tu skim cepat kaya?

    Di Malaysia, forex telah dimasukkan ke dalam golongan skim-skim cepat kaya, sama dengan MLM, pelaburan emas, mirza, dll.

    Nama forex telah disalahgunakan oleh scammer-scammer yang berniat jahat untuk menipu rakyat Malaysia yang kurang berilmu dalam bidang ini.

    Masalah yang sering berlaku apabila scammer berleluasa: pihak berkuasa akan buat “crackdown” untuk menangkap scammer dan malangnya, forex trader yang benar akan turut terkena tempias.

    Ini lah sebab kenapa forex trader yang berjaya kat Malaysia sangat low-profile dan misteri.

    Teknik Forex yang mereka guna untuk menjana pendapatan 7-angka setahun tak di ketahui sangat.

    Malah, jiran-jiran mereka sering tertanya-tanya apakah sebenarnya pekerjaan si forex trader ni…

    Rumah dah lah besar dan mewah. Tinggal kat gated-community dengan securiti guard.

    Kereta pula, 3 hingga 4 biji pun ada..

    Jika anda bertanya apa pekerjaan si forex trader, beliau akan menjawab samada buat bisnes restoran atau beliau mempunyai salon rambut.

    Pekerjaan sebenar (forex trading), disembunyikan.

    Dan bisnes mereka tak semestinya maju sangat. Ada yang “running at a loss”.

    Tetapi si forex trader ni tak kisah sangat sebab punca duit beliau, lubuk untuk mendapat beribu-ribu dollar setiap hari tak datang dari bisnes fizikal yang dijalankan.

    Pendapatan utama si forex trader datang dari => Forex.

    Bisnes restoran atau salon yang dijalankan berfungsi sebagai “diversion” atau dalam Bahasa Melayu, penyamaran untuk mengaburi mata masyarakat sekeliling tentang punca pendapatan sebenar trader.

    Bukan nak bertindak sombong atau berlagak pintar tetapi agak susah nak terangkan kat jiran sebelah yang anda baru gak buat setengah juta dollar semalam hasil trade forex.

    Bagi mereka, perkara ni sangat-sangat mustahil.

    Oleh itu, lebih baik si forex trader menyembunyikan pekerjaan mereka yang sebenarnya.
    Bagaimana Dengan Anda?

    Adakah anda dah berpuas hati dengan gaji anda sekarang?

    Adakah anda dah mencapai segala impian anda, samada melancong ke Eropah, membeli rumah semi-d, membeli kereta sport, atau menunaikan Haji?

    Adakah pekerjaan anda menghalang anda daripada meluangkan lebih banyak masa dengan suami, isteri dan anak-anak?

    Sekarang…

    Cuba bayangkan hidup yang lebih baik.

    Cuba bayangkan situasi di mana anda mempunyai pendapatan pasif dan wang yang cukup di bank sehingga anda tak perlu bergantung pada pekerjaan anda sekarang.

    Cuba bayangkan KEBEBASAN dari stress, kekangan masa, trafik jam, bos yang jahat…
    Jika anda nak kehidupan yang lebih baik….

    Berhenti berdalih dan mula bertindak!

    “Imperfect Action Is Better Than Perfect Inaction”

    Ambil tindakan segera untuk belajar ilmu dan kemahiran FOREX yang akan menjana duit masuk ke poket anda di masa hadapan

    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Wed 07 Sep 2016, 10:58 am

    Untuk memahami forex dengan lebih mendalam, sila teruskan membaca artikel mengenai penjelasan asas dan informasi mengenai pasaran Forex yang khusus.

    PASANGAN MATAWANG

    Pada mulanya membaca mengenai pertukaran wang asing ini agak memeningkan, namun ia sebenarnya agak mudah jika anda mengingati dua perkara: 1) Matawang pertama disenaraikan adalah asas matawang dan 2) nilai matawang adalah sentiasa 1.

    Matawang US Dollar adalah boleh dikatakan asas sebagai pembahagi untuk matawang lain. Untuk matawang utama termasuk USD/JPY, USD/CHF dan USD/CAD. Untuk matawang ini dan kebanyakan matawang yang lain, nilai unit dia adalah dalam $1 USD per matawang dengan matawang kedua itu. Sebagai contoh, USD/JPY 120.01 bermaksud 1 USD Dollar sama dengan 120.01 Yen Jepun.

    Bila US Dollar sebagai unit asas dan matawang meningkat naik, ini bermaksud nilai Dollar telah melemahkan matawang yang lain. Jika USD/JPY sebelumnya telah meningkat kepada 123.01, nilai Dollar menjadi kukuh kerana sekarang ia boleh membeli lebih banyak Yen dari sebelumnya.

    Terdapat tiga pengecualian dari peraturan untuk British pound (GBP), Australian dollar (AUD) dan Euro (EUR). Dalam kes ini, anda akan melihat sebagai contoh GBP/USD 1.4366, bermaksud satu British pound adalah sama dengan 1.4366 US Dollars.

    Dalam tiga pasangan matawang ini, dimana US Dollar tidak lagi menjadi kadar asas, dimana peningkatan nilai tiga matawang ini akan melemahkan matawang US Dollar, ia membenarkan mengambil lebih nilai US Dollar untuk satu Pound, Euro atau pun Australian Dollar.

    Dengan kata lain, jika matawang tersebut meningkat naik, peningkatan nilai matawang itu akan kukuh dan jika matawang itu menurun, maknanya matawang itu menjadi lemah.

    Matawang yang tidak terlibat dengan US Dollar dipanggil matawang silang, tapi ia tetap sama. Contoh EUR/JPY 127.95 bermakna satu Euro bersamaan dengan 127.95 Yen Jepun.

    Bila anda melakukan “trading” dalam Forex, anda dapat lihat terdapat dua bahagian dimana terdapat ‘bid’ dan ‘offer’. ‘Bid’ bermaksud anda boleh melakukan jualan kepada matawang tersebut ( pada masa yang sama anda membeli matawang yang kedua). ‘Ask’ pula adalah bermaksud anda boleh melakukan belian kepada matawang tersebut (pada masa yang sama anda menjual matawang kedua).

    PIP

    Belajar untuk menyukai perkataan ini, kerana inilah yang anda akan cari dalam kerjaya Forex anda. Pip adalah nilai terkecil dalam semua perbezaan matawang, jadi jika ianya bergerak keatas, sebagai contoh EUR/USD bergerak dari 1.2150 ke 1.2155, bermakna ianya bergerak sebanyak 5 pips.

    LEVERAGE

    “Leverage” ialah satu konsep yang mudah, Jika anda mempunyai $10,000 untuk “trade” anda, broker Forex anda akan membenarkan anda meminjam duit dari mereka jadi anda boleh “trade” dengan nilai kuantiti yang lebih besar. Mereka boleh meminjamkan kepada anda sehingga 400 kali ganda (400:1) untuk anda letak dalam “trade” anda. Kebanyakan broker Forex akan membenarkan anda antara 50:1 dan 100:1 untuk margin. Jika anda memasukkan $1,000 dan broker anda memberi dan membenarkan 100:1 margin, anda akan “trade” dalam “trading” anda sebanyak $100,000 padahal nilai sebenar anda hanya lah $1,000 sahaja.

    Ini adalah amat penting kerana setiap pips adalah sama dengan nilai dalam jumlah Dollar. Bila anda “trade” $10,000, setiap pip yang bergerak adalah bernilai $1. Gambar rajah dibawah menunjukkan bagaimana ianya berlaku. Jika anda “trade” 10,000 nilai matawang itu, setiap pergerakkan bernilai $1. Jadi jika anda membuat belian pada 1.1445 dan menjual kembali pada harga 1.1545, anda sudah mendapat 100 x $1, atau $100. Jika anda “trade” dengan nilai $100,000, setiap pergerakan pip adalah bernilai $10 dan seterusnya.

    LONG DAN SHORT

    Sekarang terdapat dua cara untuk anda melakukan “trade” di pasaran Forex, dan terdapat banyak “trader” baru yang terkejut kerana mereka sebenarnya boleh mendapat banyak wang apabila matawang bergerak keatas mahupun kebawah. Mari kita mulakan secara logik apabila matawang itu bergerak keatas.

    Kebanyakan orang sudah faham dan tahu dengan konsep untuk membeli sesuatu dengan harga rendah dan menjual balik bila harga meningkat tinggi. Jadi konsep membeli EUR/USD pada 1.2150 dan menjual balik pada 1.2160 dengan peningkatan 10 pips, ini dipanggil “Long”.

    Bagaimanapun anda boleh melakukan ini juga secara terbalik. Jika anda rasakan yang matawang ini akan menurun lebih dari meningkat naik, anda boleh membuat “Short”. Ini hanya lah membuat secara bertentangan dari yang diatas, jual dahulu dan beli kemudian dengan harapan agar harga akan menurun untuk anda mendapat keuntungan.

    Ini mungkin agak aneh dan ganjil untuk sesiapa yang masih baru mendengar perkara seperti ini, tetapi konsep nya tetap sama yang akan anda sentiasa membeli sesuatu dengan harga yang rendah dan menjual kembali pada harga yang tinggi. Tidak kira apa jua yang anda “order”, semua transaksi mestilah cukup sifatnya dimana yang anda mesti mempunyai transaksi bila beli mesti jual kembali, selagi anda menjual pada harga yang tinggi anda akan sentiasa mendapat keuntungan.

    SPREAD

    Perbezaan antara broker Bursa saham dan broker Forex adalah kerana komisen. Broker Forex anda yang mengenakan sedikit komisen dan ada yang tidak mengenakan sebarang komisen. Jadi macam mana mereka membuat duit? Sebab itu lah broker Forex mengenakan “spread” iaitu perbezaan antara harga sebenar dengan harga yang ditawarkan oleh broker Forex.

    Disini anda akan dapat melihat “board” biasa mengenai matawang dan juga “spread”. Ini diambil dari sumber kami pada pagi ini., dan anda akan dapat melihat contoh perbezaan antara “Offer” (harga yang anda akan tempatkan untuk “Sell order”) dan “Bid” (harga dimana anda akan tempatkan “Buy order”) adalah 3 nilai “spread” nya.

    Walau apa pun apakah ertinya kepada anda? Jadi mari kita tengok dekat “board”, jika anda membeli EUR/USD pada 1.2158 yang ditawarkan pada kolum “Offer” dan dengan jual nya kembali dengan cepat sebelum hara bergerak,anda hanya akan mendapat pada harga 1.2155 seperti yang ditunjukkan di kolum “Bid”. Jadi hasilnya anda mendapat -3 pips, dan ianya adalah kerugian bagi anda an keuntungan pada broker. Ingat untuk sentiasa meletakkan nilai “spread” itu dalam akaun anda apabila anda ingin meletakkan “order”, “set target” dan juga “Stop loss”.

    BEARS DAN BULLS

    Anda pasti akan kehairanan melihat perkataan “Bears” dan “Bulls” pada buku Forex dan juga laman chat, kenapa mereka memperkatakan mengenai haiwan ini dalam urusan “trading” mereka. Pengertian ia sangat meluas dalam pasaran Forex. “Bears” adalah dimana pasaran dalam keadaaan harga pasaran menurun, contoh bila terdapat ramai yang melakukan “Sell” dari “Buy” di pasaran. “Bull” pula adalah keadaan dimana nilai pasaran dalam keadaan menaik, dimana ramai yang melakukkan “Buy” dari yang melakukan “Sell” di pasaran.

    Forex dan juga pasaran lain akan hanya menahan antara “Bull” dan “Bears”. Jika anda dapat mengenali seseorang yang boleh melakukan lonjakan atau anda dapat membaca pergerakan arah, sudah pasti anda lebih mudah untuk melakukan nya.

    Jadi yang diatas itu hanya lah asas sahaja, terdapat banyak lagi yang perlu dipelajari untuk membantu anda.

    PENGIRAAN KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN

    Di pasaran Forex ini, dimana pergerakkan matawang seluruh Negara di dunia dibeli dan dijual. Forex sentiasa menumpukan pada pasangan matawang. Sebagai contoh jika anda melakukan transaksi “Buy” pada Euro dan membayar menggunakan US Dollar, atau anda melakukan “Sell” untuk Canadian Dollar untuk Yen Jepun. Nilai pelaburan Forex ini meningkat dan menurun adalah kerana kadar pertukaran matawang atau kadar Forex. Pertukaran ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan kerap kali kerana disebabkan oleh pengaruh ekonomi dan juga permainan politik. Dengan “hypothetical Forex Investment” akan menunjukkan anda bagaimana untuk mengira keuntungan dan kerugian dalam “trading” Forex.

    Untuk memahami bagaimana kadar matawang ini memberi kesan ke atas nilai pelaburan Forex anda, anda mesti mempelajari bagaimana sifat Forex. Sifat Forex sentiasa aktif dan berpasangan. Sebagai contoh, US Dollar dengan Canadian Dollar. Contoh, USD/CAD = 170.50 bermaksud satu US Dollar bersamaan dengan 170.50 Canadian Dollar.Matawang yang berada di sebelah kiri, “/” (USD sebagai contoh) adalah sentiasa bersamaan dengan 1. Matawang yang berada di sebelah kanan “/” (CAD sebagai contoh) adalah matawang kedua. Contoh satu Dollar anda boleh membeli 170.50 CAD, kerana ianya lebih kukuh dengan dua matawang. US Dollar dianggap sebagai matawang tengah dalam pasaran Forex dan sentiasa menjadi pasangan kepada matawang-matawang yang lain.

    Sekarang kita terus tumpukan pada “hypothetical Forex investment” yang akan menunjukkan kepada anda jika anda boleh mendapat keuntungan atas jangka masa pendek “trading” Forex. Sebagai contoh, pasangan matawang adalah US Dollar dan juga Euro. Kadar Forex untuk UR/USD pada 26 Ogos 2006 adalah 1.0857 yabg bermaksud satu US Dollar sama dengan 1.0857 Euros dan jika anda membeli pada ketika itu, dengan harga 1,000 Euros, anda akan dibayar pada harga $1,0857 Euros.

    Setahun kemudian, kadar untuk EUR/USD menjadi 1.2083 dengan nilai Euro telah meningkat lagi dengan berpasangan dengan USD. Jika anda menjual 1,000 Euros setahun kemudian, anda akan mendapat $1,208.30 yang bermakna $122.60 lebih tinggi dari apa yang anda dapat dari tahun lepas.

    Sebaliknya, jika kadar Forex selepas setahun untuk EUR/USD = 1.0576 dengan nilai Euro telah menurun dengan berpasangan dengan US Dollar. Jika anda menjual 1,000 Euros pada ketika itu, anda akan mendapat $1,057.60 yang bermakna $28.10 kurang dari yang anda akan dapat dari tahun lepas.

    anissophea
    Ahli Pendiam
    Ahli Pendiam

    Female
    Number of posts : 462
    Age : 29
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Reputation : 0
    Duit : 486
    Registration date : 2015-01-03

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by anissophea on Wed 05 Oct 2016, 10:11 am

    1- Dalam sebuah referendum atau pungutan suara yang diadakan di United Kingdom (UK) pada hari Khamis, 23 Jun 2016 yang lalu, 51.9% rakyat UK telah memilih untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (European Union atau EU), berbanding 48.1% yang memilih untuk kekal.

    Dari segi jumlah undi, ‘Brexit’ atau undian untuk keluar daripada EU mendapat majoriti undi sebanyak 1.27 juta undi. 263 kawasan di UK juga telah mengundi untuk keluar daripada EU, berbanding hanya 119 yang mahu terus bersama EU. (Rujuk infografik “10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang BREXIT” dalam post terdahulu).

    2- Berdasarkan analisis keputusan referendum tersebut, anak muda, golongan berpendidikan dan golongan elit kebanyakannya memilih untuk kekal dalam EU. Manakala golongan miskin, pekerja dan warga emas memilih untuk keluar daripada EU.

    Dari segi pola geografi pula, hanya Greater London, Scotland dan Northern Ireland sahaja yang jelas menunjukkan keinginan untuk kekal di dalam EU. Kawasan lain di England dan Wales memilih untuk meninggalkan EU.

    3- Setelah keputusan referendum tersebut diumumkan pada hari Jumaat yang lalu (24 Jun 2016), David Cameron telah mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri UK menjelang Oktober ini. David Cameron dari Parti Konservatif merupakan penyokong tegar kempen “Remain” iaitu supaya UK kekal dalam EU.

    Beliau meletakkan jawatan kerana merasakan beliau tidak lagi sesuai memimpin negara yang telah memilih hala tuju yang berbeza daripada pendirian beliau seperti petikan ucapan beliau, “I do not think it would be right for me to be the captain that steers our country to its next destination”.

    Calon yang paling berkemungkinan untuk menggantikan beliau sekarang adalah Boris Johnson, bekas Datuk Bandar London yang juga antara orang paling kuat memperjuangkan ‘Brexit’.

    4- Pada masa yang sama, Bank of England telah bertindak untuk menyediakan GBP250 bilion untuk memastikan kestabilan pasaran kewangan di UK pasca keputusan Brexit. Mark Carney, gabenor Bank of England sebelum ini telah memberi amaran Brexit berpotensi menjadikan UK jatuh ke dalam kegawatan ekonomi. Pada masa yang sama, syarikat penarafan kredit Moody’s telah memotong prospek negara UK daripada stabil kepada negatif.

    5- Oleh sebab referendum merupakan sebuah pungutan suara yang tidak mengikat di sisi undang-undang, maka kabinet kerajaan UK perlu membawa usul keluar dari EU untuk diluluskan oleh Parlimen. Kemudian kerajaan UK perlu melaksanakan Artikel 50 Lisbon Treaty untuk memulakan proses keluar daripada EU.

    Proses ini dijangka mengambil masa selama sekurang-kurangnya 2 tahun, di mana sepanjang tempoh ini, UK masih perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh EU. Namun, UK tidak akan dibenarkan untuk mengundi atau bersuara.

    6- Presiden Parlimen EU, Martin Schulz adalah antara pemimpin utama EU mengeluarkan kenyataan yang tegas bahawa UK perlu menyegerakan proses untuk keluar daripada EU. Beliau berpandangan bahawa tindakan David Cameron untuk menggunakan Artikel 50 setelah selesai peletakan jawatan beliau pada Oktober nanti adalah tidak wajar kerana penangguhan hanya akan memburukkan lagi ketidak tentuan ekonomi, yang berpotensi menjadikan ekonomi EU secara keseluruhannya semakin parah.

    7- Pada hari yang sama keputusan Brexit diumumkan, nilai Great Britain Pound (GBP) berbanding US Dollar (USD) telah jatuh sebanyak 8.1% manakala nilai GBP berbanding Malaysian Ringgit (MYR) pula jatuh sebanyak 4.0%.

    Nilai GBP berbanding Japanese Yen (JPY) juga turut jatuh iaitu sebanyak 11.4%, manakala harga emas melonjak naik sebanyak 4.0% dalam tempoh beberapa jam sahaja.

    Selain itu, di seluruh pasaran saham sedunia seperti FTSE, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), Dow Jones, Nikkei, Straits Times Index (STI), telah jatuh merudum pada hari Jumaat lepas. Di seluruh dunia, pelabur kerugian sebanyak USD2 trillion dalam sehari disebabkan Brexit.

    8- Kejatuhan nilai GBP berbanding USD dan JPY, serta kenaikan mendadak harga emas adalah disebabkan oleh aliran keluar matawang daripada negara UK. Dalam keadaan ketidak tentuan ekonomi pasca Brexit, para pelabur di UK telah ‘melarikan’ wang mereka ke “safe haven” (pelaburan selamat), dan pilihan utama bagi pelabur adalah pasaran US, Jepun dan juga emas.

    9- Keputusan Brexit juga menyaksikan nilai Ringgit (MYR) telah jatuh berbanding nilai US Dollar sebanyak 1.9%. Punca utama kejatuhan ini berlaku ialah kerana kenaikan nilai USD, bukannya disebabkan oleh kesan langsung Brexit ke atas ekonomi domestik Malaysia. Hal ini disokong dengan kenaikan nilai MYR berbanding GBP sebanyak 4.0%, dan juga berbanding IDR (Rupiah) sebanyak 0.8% pada hari yang sama.

    10- Selain kesan ekonomi seperti yang disebutkan di atas, Scotland dan Northern Ireland juga berkemungkinan akan membuat referendum untuk keluar daripada UK, dan seterusnya kekal di dalam EU. Hal ini dibuktikan dengan sokongan jelas oleh warga Scotland dan Northern Ireland yang telah mengundi “Remain” semasa referendum tersebut; serta kenyataan dari Ketua Menteri Scotland, Nicola Sturgeon dan Timbalan Ketua Menteri Northern Ireland, Martin McGuinness.

    11- Dalam aspek perdagangan antarabangsa pula, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyatakan bahawa Malaysia berkemungkinan akan memulakan perbincangan untuk mewujudkan hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan UK. Langkah yang sama juga akan diambil oleh negara-negara lain.

    12- Risiko terbesar Brexit kepada Eropah kini adalah jika semakin banyak negara anggota lain yang turut ingin keluar daripada EU, terutamanya negara-negara besar seperti Jerman, Perancis, Sepanyol, Belanda dan Itali.

    UK merupakan penyumbang ketiga terbesar kepada bajet kewangan EU. Dalam sistem pasaran kerjasama ekonomi seperti EU, negara yang saiz ekonominya lebih besar selalunya akan menjadi penyumbang untuk menampung ekonomi negara yang lebih miskin.

    Maka tindakan UK keluar daripada EU akan meningkatkan lagi sentimen sedemikian terutamanya di kalangan ‘Euroskeptics’ (anti-EU) yang populariti mereka semakin meningkat pasca Brexit.

    13- Pada masa yang sama, adalah tidak mustahil Brexit dapat memberikan kesan positif kepada ekonomi UK untuk jangka panjang kerana BREXIT memberikannya kelebihan dari segi autonomi.

    Namun ia bergantung kepada kebolehan dan kemampuan kerajaannya untuk mewujudkan polisi dan strategi yang lebih mapan berbanding EU pasca Brexit yang bakal mempunyai 27 buah negara anggota yang masih menjadikannya sebuah blok ekonomi yang besar dan utama di peringkat pasaran global.

    Sponsored content

    suke Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

    Post by Sponsored content Today at 10:25 am


      Current date/time is Sat 03 Dec 2016, 10:25 am