JomGempaq Forum

Selamat datang ke Forum Jomgempaq


    Mencari Rakan Niaga Untuk Bisnes Offline

    Share

    yantie
    Moderator
    Moderator

    Female
    Number of posts : 479
    Age : 39
    Location : Kuantan
    Referral : hunter_ad79
    JGR : 1450
    Maritial status : Married
    Respek :
    Amaran :
    0 / 1000 / 100

    Mood :
    Reputation : 0
    Duit : 21
    Registration date : 2008-04-30

    Mencari Rakan Niaga Untuk Bisnes Offline

    Post by yantie on Sun 09 Nov 2008, 9:03 am

    Salam buat semua.

    Di sini saya ingin mencari seseorang yang berminat dalam bidang keusahawanan dengan menjadi Rakan Niaga NSS yang boleh saling bekerjasama dengan saya dalam menguruskan perniagaan offline saya di Kompleks Dagangan Mahkota Kuantan. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Rakan Niaga saya bolehlah berkunjung ke kedai saya di KDM bagi perbincangan lanjut dan mencapai kata sepakat dalam soal ini.

    Sedikit penerangan ringkas berkenaan dengan syarat-syarat & konsep yg cuba saya ketengahkan untuk menjadi Rakan Niaga yang saya maksudkan di sini ialah :
    - Individu berkenaan mestilah seorang yang jujur & amanah serta mempunyai minat dalam bidang keusahawanan dan berhasrat untuk mempunyai perniagaan sendiri kelak.
    - Individu berkenaan akan bertanggungjawab utk menguruskan perniagaan offline di kedai saya di KDM dan saling bekerjasama dalam memasarkan produk dan perkhidmatan kami secara offline.
    - Individu berkenaan berpeluang memasarkan produk sendiri di kedai saya di KDM tanpa perlu membayar sewa kedai kpd saya.
    - Individu berkenaan juga berpeluang memasar & mengiklankan produk sendiri dengan membuka kedai online di e-nss secara percuma.

    Ingin saya tekankan di sini sekali lagi ialah, saya mencari Rakan Niaga dan bukannya pembantu kedai. Maknanya sekiranya anda berminat, maka anda haruslah menguruskan kedai tersebut dan tidak ada sebarang bayaran atau gaji yg akan diberikan. Namun begitu, sebagai Rakan Niaga anda berpeluang melatih diri utk menjadi seorang usahawan dan mengetengahkan produk anda sendiri di kedai saya. Manakala saya pula akan melakukan promosi secara online untuk produk saya dan juga produk anda.

    Tujuan utama saya mencari Rakan Niaga ini adalah kerana saya berhasrat utk menumpukan sepenuh perhatian terhadap bisnes online di rumah. Ianya hanyalah untuk sementara waktu sahaja sehinggalah suami saya bersedia utk mengambil alih urusan perniagaan kami dan menjadi usahawan sepenuh masa. Apapun kerjasama daripada anda sebagai Rakan Niaga kami masih lagi diperlukan sehinggalah suatu masa nanti anda telah bersedia untuk berdikari dan menubuhkan perniagaan anda sendiri.

    Dalam erti kata lain, anda boleh jadikan kedai saya sebagai satu tapak permulaan untuk anda melangkah ke dunia perniagaan dan seterusnya bergandingan bersama2 kami sehinggalah kita semua mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu masa nanti. Kalau boleh, kejayaan tersebut biarlah sebuah kejayaan yg menjurus ke arah kejayaan hidup kita di dunia & di akhirat.

    Sekiranya ada apa2 kemusykilan berkaitan hal ini sila ajukan kepada saya di sini ataupun temui saya di KDM.

    Berikut adalah alamat kedai saya di KDM :

    NSS Future Enterprise
    Lot CG8, Tingkat bawah, Blok C,
    Kompleks Dagangan Mahkota,
    25200 Bandar Indera Mahkota,
    Kuantan Pahang.

    Sekian, harap maklum.


    _________________
    welcome[b]
    arrow ANDA SEORANG USAHAWAN ? KONGSIKAN PERNIAGAAN ANDA DI SINI !!!senyumm
    arrow NAK SHOPPING ONLINE ? JOM SINGGAH DI SINI !!! PELBAGAI PRODUK DIJUAL SECARA BORONG RUNCIT... KLIK DI SINI SEKARANG!!! senyumm
    arrow FREE TRIAL MENGGUNAKAN SISTEM KEDAI ONLINE EDYCART... RASAI PENGALAMANNYA SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN INTERNET ANDA!!! KLIK DI SINI SEKARANG!!!
    senyumm
    [/b]

      Current date/time is Sat 10 Dec 2016, 8:39 pm